Thursday, October 29, 2009

Pikir Arr (PKR)

Pikir Arr...... Semenjak dua menjak ini saya telah mengubah persepsi saya terhadap parti politik Pikir Arrr (PKR). Jika dahalu Dato Seri Anwar Ibrahim DSAI sering menjadi idola saya sebagai ahli politik yang mahir. Hampir setiap malam saya melawat rumah beliau di Bukit Damansara yang pada ketika itu seperti pasar malam dikunjungi orang ramai sehingga lewat malam.

Seperti biasa saya akan meng Google dan saya terjumpa 2 blog berkaitan DSAI yang menarik minat saya iaitu carl-88.blogspot.com dan anwaribrahimdotcom.blogspot.com Perlu diingat bahawa setiap kali kita membaca blog atau mana-mana tulisan kita mesti menyelidik siapa penulisnya. Di dalam kedua-dua blog tersebut tidak dinyatakan dengan jelas empunya blog oleh itu saya membaca mereka dengan penuh berhati-hati. Sekarangpun saya masih membaca secara seling seli. Sambil menulis, sambil membaca. Jadi tak lah rasa boring sangat menulis.

Namun setelah melihat artikel di dalam blog Carl ianya petikan dari suratkhabar. Saya pun membaca blog seterusnya anwaribrahimdotcom.blogspot.com namun saya terpaksa mendaftar dahulu disebabkan mereka mengunakan Yahoo Group. Kerana minat, saya daftar dan membaca artikel yang agak terkini berkenaan dengan Adun Klang Badrul Hisham Abdullah meletak jawatan. Agak menarik sehingga saya mendapat satu maklumat penting berkenaan Facebook. Kita melencong sikit. Tak de hal kan?

Mark Zuckerberg pencipta Facebook ialah ahli alumni Alpha Epsilon Pi sebuah organisasi Israel www.aepi.org yang salah satu tujuannya ialah membantu bangsa Yahudi.

Pada tahun 2008 Facebook mempunyai pendapatan sebanyak USD300 juta hasil dari jualan pengiklanan. Sudah semestinya sebahagian akan diagihkan kepada Israel secara tidak langsung bagi membunuh rakyat Palestine. Jika anda menjadi ahli Facebook, maka anda mungkin juga bersubahat membunuh rakyat Palestine. Apa tindakan anda?

Berbalik kita kepada dakwaan Badrul Hisham mengatakan bahawa beliau meletak jawatan atas dakwaan moral berkaitan DSAI. Secara logiknya setelah bertahun bersama PKR mengapa sekarang dibangkitkan dan bertindak? MB Selangor Tan Sri Khalid menegaskan bahawa pihak Pakatan Rakyat telah beberapa kali memberi nasihat berkenaan kegagalan Badrol Hisham menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat. Ini bertentangan pula dengan dakwaan di dalam anwaribrahimdotcom.blogspot.com yang mendakwa Kerajaan Negeri Selangor tidak memberi peruntukan yang cukup bagi kawasan DUN beliau.

Walau apa pun setiap pasukan mestilah bergerak seiringan samada pasukan bolasepak, parti politik, kerajaan sebuah negara, tentera dan penjenayah sekali pun. Jika seseorang didapati melencong dari tujuan asal sudah pastinya beliau akan di tentang tidak kira samada betul-betul tidak berguna atau pun sekadar mencari penyebab. Tuduh menuduh sudah tidak menjadi penting lagi kerana ianya hanya akan digunakan sebagai bahan bualan kedai kopi atau untuk mensensasikan seterusnya melariskan suratkhabar.

Sebagai parti politik yang tidak sematang UMNO, MCA, DAP dam PAS, saya dapati PKR adalah sebahagian dari cebisan UMNO. Itu pandangan saya kerana mereka telah menonjolkan parti mereka sebegitu rupa. Apa yang terjadi di Perak dan terbaru di Selangor membuktikan perjuangan ahli PKR sentiasa ber Pikir Arr sehingga ke hari ini. Semangat yang tidak kental, lemah dan tiada haluan menyebabkan mereka amat sensitif terhadap pujukan. Jika anak kita berkelakuan tidak senonoh sudah pastinya ibubapa mendapat kejian. Sememangnya tepat sekali kerana ibubapa lah yang membentuk mereka dari kecil. Kita masyarakat tidak boleh mempersalahkan si kanak-kanak di atas kenakalan mereka. Seperti juga di dalam sesebuah kerajaan yang mana pemimpin teratas yang membentuk pimpinan bawahan. Belok kemudi bengkoklah haluan.

Saya melihat perletakan jawatan Adun PKR sebagai kelemahan pimpinan Pakatan Rakyat. Dengan kecanggihan sistem risikan dan kepakaran di dalam pemilihan barisan pimpinan, mengapa ulat buah dipelihara sehingga dewasa? Saya cadangkan semua parti-parti politik baik UMNO, MCA, PAS, DAP dan PKR sentiasa mengadakan "Corporate Retreat" bagi mengembalikan perjuangan parti masing-masing supaya semua di atas landasan yang tidak berkembar dan berjaya di dalam perjuagan demi kebaikan rakyat.

.

No comments:

Post a Comment